Kebijaksanaan

"Hidup haruslah bijak. Bijak dalam berkawan. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan bijak dalam mengatur langkah hidup.."

Monday, 26 October 2015

Hari Konvokesyen UTHM ke-15..Part 2

Assalamualaikum..Annyeoung..Salam Sejahtera..

Haa..entry kali nie dengan Part 1 tu tak jauh beza pun time publish kan? Tu sebab aku menulis dalam satu malam..hahaha. Bukan sebab ape, tapi bila duk kat umah abang sulong aku nie ada wifi, so boleh lahh nak mengupdate blog ke ape. Kalau aku balik rumah, then memang dibiarin saja belognya enggak terupdate. Hihihii..

Okeyy..entry nie aku nak bercerita tentang gambar pre-convo aku and the geng. Nama geng diberi Meluat's Girl @ Meluat's Angel nama group wassap. Hehee..so sehari before hari bergraduan kami, maka dua tiga empat hari before tu dah kelam kabut dah nie pakat-pakat duk tanya bila nak sampai BP. Then masing-masing time tu majority smpai hari ahadnya 4.10.15. A day before lah orang cakap. Yang sampai paling awal of course aku. Second awal yad, then faez n naddy hari ahad tu baru sampai BP.

Time yang dijanjikan pada hari photoshoot tu mula-mula nak buat pukul 2.30 petang. Sebab naddy sampai hotel nak check in apa semua so dalam 2.30 lah masing-masing nak berkumpul dekat fakulti, the venue untuk photoshoot kteorang. Tapi time 2.30 tu tak silap aku, aku pun baruu je sampai hotel dari UTHM sebab aku dah janji nak g ambik pingat kat PPA. Tapi sayangnyaaa ofis dah tutup time aku sampai pukul 12.30 tuu. So ape lagi pegi sana sini then patah balik BP dekat 45 minit jugak sebab atas jalan banyak gila kereta. Then dalam pukul 2 tu aku baru sampai hotel then kelam kabutlah nak mandi bersiap apa sebab janji dengan dorang pukul 2.30 kann. Lepas tu aku lah yang start text dorang mintak dianjakkan waktu dalam pukul 3 sebab aku tahu memang tak sempat pun nak pecut BP dalam 10 minit tuu. Hahahaha. Dorang semua pun setuju gak sebab masing2 memang macam tak sempat kan. Then pukul 3 tu aku still kat jalan tak sampai UTHM lagi dengan naddy. And finally photoshoot kteorang start pukul 3.30 petang okeyy! Hahahaha. Memang betul tak tepati masa aku nieh. Nasib si pekjah, sarah n yad tak marahh kite. Hikssss :D

Okeylaa..belanja sikit gamba depan fakulti kesayangan niee..

Opsss besarkan sikit gambar nie. Smart kan kami berlima? Tapi tak cukup sorang :(

So perkenalkan dari kiri : Naddy, Sarah, Yard, Tira (aku lah tu..) and Faez. Cantik je kteorang susun kan? Hiksss..kalau ada sorang lagi ziha, cukuplah geng kami yang agak dimeluatkan oleh orang nie. Hmm..rindu dekat ziha tapi dia awal-awal lagi dah kena fly ke Sheffield, UK. Takpelah. Awak stay strong dekat tempat orang ye baby? Kteorang sentiasa ingat kau and kteorang sentiasa doakan agar kau selamat dan dipermudahkan dekat tempat orang tu. Aamiin :)
Hehee..nah ziha ada sekali tawww time konvo tu..sape cakap ziha takde? ;)
Haa..see! Nazihah's here!!! Nie je gamba ziha pakai baju konvo yang ade dengan aku taw. So boleh laa ubat kerinduan untuk tengok dia pakai gown konvo nie. Hehee..(jangan marah taw aku letak gamba kau tanpa izin,.we miss youu nazihah!) #missingNazihah is always in our heart :)

So dah cukup kami Geng Meluat. So nak bercerita dekat sini yang susahh senang sedih ketawa ceria derita sengsara bergaduh semualah dengan mereka-mereka nie. Kalau bak kata yad dalam blog dia, orang yang dia rasa tak pernah gaduh adalah aku. Tapi aku rasa aku selalu gaduh ngan yad untuk benda yang kecikk! Hahahaha..hal yang paling kecik adalah time yad jeless. Alaaa..gaduh-gaduh manje je punn. Tak teruk macam bergaduh dengan uhukkk uhukk tu pun. Ahaksss! **okey yang cerita bergaduh tu lupakanlah yee hal lepas usah dikenang..kalau dikenang terpampanglah cermin. Ehhhhh?!* #yangmanatawtawlaa

Let's see..kalau nak bercerita tentang saat dan detik perkenalan kami semua tu, macam tak cukup je tangan nak taip kat sini. So biarlah kami je yang tahuu. Hiksss. Tapi satu yang pasti perkenalan sehingga terbitnya bait-bait keserasian yang masuk dalam diri nie adalah disebabkan kelas, grouping and lastly sebab serumah sewa! Kalau dulu kat rumah sewa, bila kami berlima berkumpul, memang bising lah rumah sampai boleh pecah gegendang telinga taw. Tulah powernya bila suara-suara kami semua bergabung! Hahahaha

Haa..see! Gelak tak hengat dunia!

Nampak tak bila kami semua berjumpa banyak cerita nak distorykan and banyak benda nak diperkatakan. Itulah kami! :)

Dan tatapilah beberapa keping gambar pre-photoshoot kami yang bising menggila semasa berphotoshoot tersebut okey..

Nah belanja sikittt..hehee

**Credited to Photographer tak bertauliah, Faqih a.k.a husband yard. Tq sek kitoo :D **

And and andd belom habis lagiii pasal gamba konvo nie. Nah laa tak nak cakap banyak-banyak lagi tapi nak share sikit gambar yang diambil dengan sek pantai timur kat studio taman u. Hehee. 

Okey gambar-gambar nie dengan sek-sek kelate ganu :)

Nampak sopan santun kan aku? Hahahaha! Haruslahh. Dengan sek kelate ganu nie dorang tak cukup orang sebab syarat dapat bergambar grouping kena ada 5 orang at least. So time tu geng2 aku tak cukup orang so aku ajak laa kak wani skali bergambar ngan dorg. Hehee..soo Meluat's Baby jangan jeles okeyy? Hehee..


Okey..nak tidoo. Goodnight Sweetesttt! :*


Charmingly written by,
          Athirah Yusoff






Hari Konvokesyen UTHM ke-15..Part1

Assalamualaikum..

Ehem ehemm..after 3 weeks barulah terbukak hati untuk cerita pasal konvo aku haritu. And yes my mama and papa pergi okey! I'm really really excited sebab my both kesayangan datang jugak tengok anak dia naik pentas pakai gown konvo and ambik segulung ijazah. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat! Meh nak belanja sekeping gambar kami betiga :

Haa..nie lah kesayangan hamba yang comel much much nie!

Hehe..comel kan dorang? See the daughter lah! Hihihii..okeyla actually i'm soo happy sebab this is the first time mama abah aku attend the convocation of their children okey. And i'm the lucky first one yang mama abah sanggup pergi walaupun akulah yang paling jauh sekali. The rest of my siblings, my mom and dad tak pernah pergi pun taw. So that's why la aku gembira, terharu dan tersangat sangat happy laa. *tears drops* 

Hmm kalau ada pun mama je lah pergi konvo abang sulung aku kat kubang kerian nie. Tu pun mama je yang pergi walaupun abe po lah orang yang paling dekat sekali tempat study dia. Sebab time tu rasanya abah pergi kerja and tak ambik cuti. Then yang second, arwah abang aku (abang aku no 2 yang baru je meninggal bulan 4 aritu), dia pun langsung mama abah tak pergi and tu dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang je. Hmm..bila teringat dekat arwah abang korie, seriously aku sebak. Sebak sebab mama abah tak pernah pergi dia konvo dari dia belajar ambik sijil sampailah degree. Hmm..and aku selalu teringat ayat dia kat aku "untunglaa semak time daftar, ma abah hantar. Time konvo pun mama abah nak pegi jugak..untung laa jadi anak kesayangan". Okey tu kata-kata dia before dia meninggal. :'( Aku selalu teringat ayat arwah abg korie tu. Kalau boleh nak cerita kat sini apa jadi time dia meninggal, tapi biarlah dulu. Taknak rosakkan mood happy nanti jadi sebak pulak. Hee :')

Okey..kembali kepada story convocation nie, so tu lah mak ayah aku, pemberi semangat aku, penyejuk hati dan segala-galanya lah. I can't imagine what will happens if they are not around one day nanti. Tapi hopefully umur parents aku dipanjangkan dan diberikan kesihatan yang baik. 
Aamiin :)

Gambar time before and after konvo dengan mama abah :)
Okeyy..tu je lah hari konvo UTHM part 1. Akan ada lagi dua part mungkin. Satu part untuk Geng-geng aku and one more aku ade info n al-kisahnya nak bagitahu apa yang aku lalui semasa nak booking homestay. Haha. Banyak halangan luas pengetahuan! See youu! Xoxo! :*



Charmingly written,
    Athirah Yusoff





Sunday, 25 October 2015

Melawat Muzium Negeri

Assalamualaikum.

Disebabkan keghairahan dalam menaip amat tinggi sekarang tambah dengan kebosanan yang melampau, jadi mulai sekarang maka akan terbitlah beberapa post mengenai tempat-tempat yang dilawati. So harini nak cerita sikitlah tentang Muzium Negeri Kelantan. Korang penah tak pergi melawat muzium negeri kat tempat masing-masing? Haaa..mesti ada yang tak pernah macam aku kan? Haha! *sep sikittt* 

Sebenarnya kakak ipar aku yg nombor dua tu yang suka ajak aku pegi muzium actually. Mula-mula saje je ajak keluar ronda-ronda bandar Kota Bharu nie, tapi sebab takde idea nak pegi mana, so kak ipar aku pun bagi cadangan suruh pegi muzium. Then ape lagi, broom broommmm ke muzium!

So nie lah muzium negeri kelantan. (Gambar ehsan dari google)

So tu lah gambar muzium kelantan yang aku pegi latest hari tu. Baru je 4 hari lepass. Time tu ada Pameran Pendidikan Perdana. Adalah gamba beberapa sejarah seperti :
Tok Janggut, Pahlawan Melayu Kelate

Misteri Firaun, Musuh Para Nabi

And sorang lagi tokoh adalah Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel. Beliau adalah salah seorang raja atau sultan dalam kerajaan Utsmaniah yang paling terkenal. Kalau nak tahu tentang ketokohan islam dan sifat peribadi beliau, anda boleh teruskan pembacaan di Muhammad Al-Fateh-penakluk konstantinopel. 

Sebelum balik sempat snap kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal nie :)
Nak ulas banyak sangat pasal pameran nie pun tak terkata sangat sebab biasalah, bila bukan pelancong yang buat-buat melancong dalam negeri sendiri melancong, so takde baca sangat pun ape yang dipamerkan. Hahahaa..semua tu dipandang hanya sekalis imbas dan baca tanpa diserap dalam otak. Hihihiii...
Okey laa..lepas pegi muzium negeri tu, hajat kami nak pergi muzium diraja and kraftangan pulak, tapi sayangnya dah hampir pukul 5 petang and muzium tutup pukul 5. Jadi kami dengan hampanya pergi sana sekadar ambik gamba then balik. Nantikan nanti kami buat lawatan ke sana okey! :)

Nie ada beberapa keping gamba semasa di muzium tersebut. Trylah pegi bagi sesiapa yang ada or akan melawat kelantan nanti ya!

:: Pameran berlangsung dari 20 Oct 2015 - 31 Jan 2016, Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg ::

Nie lah akak ipar no 2 aku tuu..hehe

Padang pasir lukisan semata

Tak sure nie ke kota konstantinopel tuu..

Gegendang alatan muzik

Nie unta betul taw. Bukan unta palsu. Haha

Okeylah. Sampai sini je coretan hati kisah melawat muzium. Ada satu lagi muzium yang pernah aku pegi..Muzium tu adalah Muzium Adat Istiadat Diraja a.k.a Istana Jahar. Menarik jugak pegi muzium tu sebab boleh tengok tempat permandian diraja, bilik tidur diraja, adat lepas bersalin and banyak lagi. Nanti kalau jumpa i will update here okey :)


Charmingly written,
    Athirah Yusoff








Blog in the making..again~!

Hye hye and hyee! New blog a.k.a the third blog so far is in the making. Fuhh..fonin rasanya coz i'm not that pro in this world of blogging. But seriously i am tooo interested in typing or sharing anything that i feel good to share. Jadinya ini adalah blog yg ke-3 tahu! Bukan gila blog or ape tapi just i can't remembered another blog.com's passoword. And blog yg before this nie macam hambar je so i decided to just do another one that just makes sense okey!

Too many things to tell and too many things to write actually. Banyak sangat benda aku nak update letak dalam blog nie nak kasi jadi dairi lah kononyee. Hehee..tapi ntah lah angan-angan itu akan jadi nyata or not. See you very soon! 


Charmingly written,
    Athirah Yusoff