Kebijaksanaan

"Hidup haruslah bijak. Bijak dalam berkawan. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan bijak dalam mengatur langkah hidup.."

Tuesday, 21 June 2016

Trip ke Pulau Perhentian (Jadual Perjalanan) - PART II

Hai dan Assalamualaikummmm..

Hehe..nak update Jadual Perjalanan sepanjang trip ke Pulau Perhentian nie. Aceceee..macam fofular pulak nak update bagai..tapi kisah ape kan, dah bosan tak taw nak buat nape, baik hupdate sini kalau tak usang belog i yang cun nie! Hihihiiii :)

#DAY1
Okey..kami pergi ke Pulau Perhentian nie pada 29 April sehingga 1 Mei 2016. So maksudnya baru je lah kan balik dari pulau tu. Hitam sunburn kat muka nie pun still ada lagi tauu. Sunburn tu dah takde, tapi kulit je lah ondaway nak memulih. Tapi dah memang gelap tu, xleh nk buat ape gak ar. HAHAHA!

Perjalanan kami pergi ke Jeti Kuala Besut tu, tirah minta abah tirah tolong hantarkan. Rumah tirah dekat area Kota Jembal je, so perjalanan dari rumah ke Jeti Kuala Besut tu around 45 minit macam tu je. Tu pun kalau bawak standard slow motion lah. Tapi kalau pecut dalam 30 minit pun dah boleh sampaii. Haa tapi time tu hari jumaat, so pergerakan agak slow sikit sebab dekat Pekan Kuala Besut tu pagi-pagi ada pasar, so jemm dia memang slow teramat. Disebabkan abah tirah nie keja dia area besut/bachok/pasir puteh tu je kan, so nasib baik dia tahu jalan alternatif nak elak jem kat pasar pagi tuu. Fuhh..nasib baikk. Kalau tak tengahari ler sampai. Tirah and the geng bertolak pergi jeti dalam pukul 8.30 pagi camtu. so dalam pukul 9.15 pagi sampai laa. Tapi nak jadi cerita, ada sorang kawan nie dia tak ingat nak cucuk duit yang member tak jadi pegi tu bankin. So dekat Jeti Kuala Besut nie manalaaa ada mesin ATM deme semua oii. Ada dua bank dekat kuala besut tu, tapi kena lalu pasar Kuala Besut yang jemmm tu laa. So bila tanya balik, pinjam dengan abah je lah sikittt. Nasib baik abah ade duit lebih time tuu. Hahahaa..banyak sungguh rintangan dia nak pergi pulauu!

Okey setibanya kat jetty tu, kami call orang yang sepatutnya kami jumpa. Macam pemandu pelancong ler. Tapi dia lah sebenarnya yang organize pakej yang kteorang pergi tu. Membe kak ipar dia tengok dekat ig : pakejpulauperhentian_ ataupun nie link ig dia https://www.instagram.com/pakejpulauperhentian_/ by @farahizatyy. Memang alhamdulillah pakej nie boleh dipercayai lah. Buktinya kteorang dah pun sampai sana by pakej tuu. Hiksss :)
Tapi cuma kelemahan dia satu je lah..bila dah buat booking payment, kita dah xboleh nak cancel. Kalau cancel burn lah duit tu klu tak jadi pergi teruss. Tapi kalau daripada 5 orang, 4 orang je jadi pergi, so yang sorang tu pun still kena bayar jugak. Haaa agak merugikan lah. So kalau nak ambik pakej nie, pastikan kengkawan korang tu semua WAJIB JADI dan WAJIB HADIR untuk mengelakkan kerugiann. Okey?

Tapi ig tu just agent je. Kalau nak book dengan orang yang kita nak jumpa tu terus pun boleh jugak. Macam kami deal dengan agent farahizaty tu, tapi nanti sampai kat jetty tu pun kita kena jumpa dengan orang kat pulau tu jugak. Nama dia Remy, so pape hal roger remy pun senang jugak. Kalau nak contact number dia, pm lah ye. Takut pulak nak bagi kat sini tanpa kebenaran. Hahahaha

Okey back to our story lah kan..destinasi kegemaran kami adalah Pulau Perhentian Kecik. And tempat yang kami menginap adalah dekat Kampung Petani atau nama dia Petani Beach Chalet. Nie link blog dia kalau nak usha bilik - http://petanibeachchalet.com/ - Okey dia punya bilik takdelah lawa or sedap macam kat hotel taraf 5 bintang tu sebab dia ala-ala kawasan perkampungan je. Tapi yang bestnya sebab kau ada privacy sendiri dekat kawasan tu okeyy. Meh nak belanja sikittt cantik dia tahap taknak balikkkk! *scroll bawah nie*

Haa..nie dia punya chalet. Chalet kampung camtu ada kipas je la. Tapi selesa lah nak tido tu ;)

Tu pemandangan depan chalet. Nie duk tepi pantai ada kerusi pantai gituu
Macam gambar atas nie kan, nampak cantik tak? Dah la cantik..tenang aman dan damai. Tirah memang suka kawasan yang privacy and tak ramai orang macam kat area kampung petani nie :)

Okey tu satu hal bab tempat tido. Next nak cerita pakej apa yang termasuk sekali.

Pakej 3 Hari 2 Malam nie dia include :
- Speedboat transfer pergi balik dari jeti kuala besut ke pulau (tempat penginapan kita lah)

- Makan minum Breakfast 2x, Lunch 2x, Dinner 2x, plus 1x BBQ. (yang bbq tu dia tolong bakarkan untuk kita lah. Kita tunggu ngapp jee..hehe)
- Snorkeling ke 4 point (Nemo point, Shark point, Turtle point dan Lata Air Berani
- Termasuk sekali Marine Ticket Park (Rm5 tu kalau kena beli sorang. Tapi pakej nie dah termasuk sekali, so memang pergi jeti tunggu and ilek je laa)- Penginapan dekat chalet yang dia bagi (Macam tirah and the geng dapat petani beach chalet nie) - tapi boleh je request nak pulau besar or kecik. Tapi tengok la budi bicara dia camne. Hehee
- And ada satu masa dia bagi buat aktiviti bebass

Haa..tu lah yang dah tersenarai dalam pekej yang tirah pergi tuu. Actually ramai je yang duduk kat chalet-chalet yang cantik macam dekat Coral bay - Shari-La dan seumpamanya dekat area coral bay tu. Tapi disebabkan chalet situ fully booked kan, so kami pun dapat dekat Petani Chalet nie. Kampung petani nie actually dekat dah dengan Kampung Nelayan which is about 10minit berjalan jungle-trekking gituu. Hahaha..tapi 10minit pun letih ekau nak jungle trekking haa..tercungap2 naik turun bukittt bila dah lama tak bersukan nie haa. HAHAHA..gasak kau ler tirahh..bila sampai kat kampung nelayan tu, terasa kurussss sikit kan? Haha :p

Oh ye..lupa pulak nak bagitahu..duduk kat chalet nie dapat guna google mask dia n salur tiub pernafasan n life jacket tu free tau. Dia bagi je guna semua peralatan dia sebab kita dah menginap situ. Kalau chalet lain xtahu la tuu sbb dia cakap klu xduduk chalet tu, kena sewaa. Haaa gituu. So time aktiviti bebas tu pun, kteorang ape lagi, ambik life jacket and google mask, terus ler terjun dalam air! HAHAHA

Haa tu haa kami bertiga masuk air teruss! Hahaha..pantang nampak air!
Haaa tu dia besaq baq ang aku edit gamba nie. Haahaha..nie time free activity xtau nak buat apa, so selpie!

Okey nampak tak pergi sana keja asyik selpie aje kan? Yelahh..cantik sangat tempatnye punnnn..haihhh..so camne nak sambung cerita untuk #DAY2 pulak ke? Nie baru #DAY1. Hahahaha

Okeylahh..mesti tak sanggup nak baca aku membebel lagi kan? Okeyy..sambung PART III pulak lah time pergi shark point semua tuuu. :D

Adiosss~

Charmingly written by,
        Athirah Yusoff

Trip ke Pulau Perhentian (Rintangan melanda) - PART I

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelmarin bercerita pasal  kem kat gerik kan, so harini tiba-tiba terasa rajin nak story pasal trip dua bulan lepas kat Stopping Island a.k.a Pulau Perhentian. *bos xdak, so boleh la ngulor kejap* :p

Al-kisahnya boleh terjadinya trip ke Pulau Perhentian tu, sebab Tirah dah rancang memang nak g pulau tu dengan kak ipar. So ntah macam mana kebetulan geng kak ipar nak pergi pulau tu jugak, so tirah pun join laa geng dia skali. Geng akak ipar 4 orang termasuk dia skali, so tambah diri tirah jadilah 5orang. Cukup la kan satu group nak mengilai tawa kat sana. Hehee *excited kau jah nak pegi trip ke pulauu*

Okey dekat hampir-hampir tiba tarikh 29 April tu, dua tiga hari sebelum tu, dua orang geng kak ipar aku nie xdapat nak pergi sebab kerja hari sabtu tak leh cuti. Yang sorang lagi adalah sebab musabab dia jugak, so memang tak dapatlah nak buat camne. So tinggal kami bertiga nie dari lima orang sebelum nie. Nak jadi cerita, kitaorang tanyalah si tuan pakej tu kan, dia cakap 3 orang pun boleh je, tapi still kena bayar untuk 5 orang sebabnya dah book and xleh cancel last minit. Hmm hmm..so kami pun terfikir-fikir congak-congak camne nak teruskan trip nie kan.Oh btw tarikh yang kami pergi tu 29 April sampai 1 Mei. Disebabkan 1 Mei cuti buruh kan, so takyah la apply cuti untuk kami-kami yang kerja kat Kelate nie. So that's why lah kami pilih tarikh tuu..heee

So malam sebelum 29 April tu, mesej-mesej then bincang bagai takkan nak bayar untuk dua orang yang xjadi nak pergi tu kot. So pujuk punya pujuk yang tak jadi pergi tu pun bayarlaaa jugek. Takleh nak buat ape dah. Tapi aku nie tak suka actually kalau pergi bercuti, angka group ganjil, contoh macam 3 orang. Sebab nanti takde partner nak gelak2 kalau dua orang tu asyik bersama je. So aku tanyalah sorang yg tak jadi pergi tu, "boleh ke nak ajak orang lain ganti sorang?" Then dia jawab "boleh je. Daripada kosong xde orang, bayar still kena jugak kan, so ajak je lah sape-sape pun. Dihalalkanlah duit tu.." *Semoga dimurahkan rezeki member kak ipar yang murah hati tu ye..aamiin* Jadi alkisah dia pergilah kami berempat (kak ipar, kawan dia sorang, aku n kawan aku sorang). Haaa so dah cukup 4 orang.

See..muka-muka excited nak ke pulauuu! YEayyyy :D

Tengok gambar kat atas tu, itulah orang-orang yang jadi meneruskan trip ke pulau nie..sorang-sorang muka excited kann..yelah noks, mana tak excitednya, cantik kot tempat tuuu. Serius dekat jeti besut nie pun kteorang dah excited plus tak sabar nak naik boat and sampai kat pulauuu tahuuu. Yipeeee!!

Cukuplah stakat nie dulu rintangan ke pulau perhentian kan, so nanti tirah buat Part II pulak untuk jadual perjalanan sepanjang kat pulau tu ye..walaupun tahu ramai dah buat pasal pulau perhentian nie, tapi still tirah nak buat untuk kenangan jugak. Hehehe :D

p/s : Alhamdulillah menjadi jugak first trip ke Pulau Perhentian nie walaupun banyak rintangan yang melanda. Itu belum cerita pasal mama taknak bagi pergi tuu..tapi pujuk punya pujuk, alhamdulillah sampai jugak :)


Charmingly written by,
        Athirah Yusoff


Monday, 20 June 2016

Outstation ke Induction Camp di Kem D'Risa Impiana Gerik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah beberapa bulan tak jengok belog tintadiariku nie, terasa penuh dengan sawang labah-labah je kan. Harini baru terpanggil untuk merajinkan diri update belog kesayangan nie. Walaupun tak ramai yang baca or tahu, tapi aku still update sebab untuk tatapan diri sendiri. Yelah kot kot kan suatu hari nanti tiba-tiba terhilang ingatan ke ape ke, mana nak tahu hal masa depan kan, so kalau benda tu terjadi, boleh laa aku bukak balik memory tinta aku nie. Hehee. Tapi takde lah sampai nak mintak jadi macam tu. Cuma buat belog nie sebagai diari luahan hati sepanjang perjalanan hidup ni je. 


Haa btw harini dah Ramadhan yang ke-15 dah. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama islam ye :)


Macam tajuk kat atas tu, okeylah nak cerita sikit haritu pada tanggal 27hb-29hb Mei 2016, terpaksalah aku menghadirkan diri ke satu kem nie. Cewahh..terpaksa ayat kau! Hahaha. Kalau bos tahu nie gasak ler nampak nau terpaksa kann. Okey okeyyy..takdelah terpaksa, tapi secara paksa rela jugak lah kena pergi kem nie. Bayangkan dah bertahun aku tak pergi kem, tup tup kena pergi kem untuk bebudak APEX Scholar, USM. Okeylaaa..dapat pergi sebagai 'pemerhati' kan, so okey dah tuu. Ohh nak share gambar kem tu, hmm tak tersnap lah pulak kem dia macam mana. Tapi situ ada laa chalet untuk VIP and chalet biasa. Kalau chalet VIP dia ada aircond and katil queen standard, chalet biasa takde aircond. Ada kipas and katil dia double decker je lah. Tapi okey and just nice sebab malam-malam kat situ sejukkkk :)

Jadi aku yang terpaksa pergi kem bersama students USM untuk program APEX Scholar nie, dengan bahagianya naik bus sama-sama dorang menuju ke Gerik, Perak dari Penang. Ohhh aku kerja kat kelantan, tapi of course la sehari sebelum tu aku pergi Penang dulu sebab ada Pre-induction camp kat USM. So makanya sambil relax-relax aku drive pergi Penang dulu. Boleh laa makan-makan angin melawat pusing-pusing Pulau Pinang kan. Haa tapi tak kesampaian pun hajat nak melawat-melawat tempat best kat Penang tu sebab kesuntukkan masa.

Dah meraban dahh tu cerita nak melawat Penang. Nantilahh aku cerita post baru ape je yang sempat melawat time kat Penang tu ye. Nie nak sambung pasal kem nie. Nak bagitahu je actually kem nie agak tenang dan mendamaikan lah jugak. Sebab bila bangun pagi-pagi tu udara dia nyaman sangatt! Sebab dia dalam pendalaman sikit kan, so okey untuk menenangkan minda. Cumanya aku tak suka sebab biasalah kem kan, bangun awal, tido lambat. Plus aku yang terpaksa jadi Fasi nie ondaspot nie pulak memang laa tak suka sangatt. HAHA! *gelak tak ikhlas*

Tapi kan, sepanjang aku stay kat kem tu and merasa jadi fasi tu, actually i've gained something yang valuable lah jugak. Selama nie aku pergi kem-kem semua, mana ada aku berani bercakap or bercerita dengan fasi. Tapi bila aku sendiri jadi fasi, dia punya lagak lain tau. Lagak tu maksudnya cara dia. On the spot aku boleh jadi talkative dengan adik-adik grouping aku. Tu masa first session ngan dorang waktu sesi ice-breaking and ta'aruf. Serius wehh nak bagitahu time tu aku just bercerita dan mendengar ceritaa masing-masing. Fuhhh..berdebor tu langsung idok laa. Cuma aku berdebar bila time nak menyampaikan aktiviti harian dengan bebudak tu dekat Ketua Fasi. HAHAHA! *lagi sekali gelak tak ikhlas*

Tak berdebor camne weh, kau baru kot kenal semua staf tu pada hari kejadian, then kau terpaksa jadi fasi secara mengejut pastu dorang semua nampak tegas! Tak ke adrenaline kau mengalir deras? Kau pergi situ dengan tak ready pape and anggap kau hanya memerhati, tapi rupanya kau sekali diperhatikan! Fuhh..tapi nasib baiklah aku dapat bawak diri dengan jayanyaaaa. Alhamdulillah :)


"Kadang-kadang kita yang pendiam nie lebih gemar untuk berdiam diri daripada bercakap tambah-tambah lagi dengan orang atasan kau yang baru kau kenali nama dan perwatakannya serta jawatannya.."


Nampak tak ayat atas tu? Haa..aku memang tak suka bercakap dengan orang atasan. Tapi disebabkan dah makin dewasa nie, aku perlu belajar! Tak gitu? 


Dah la..stop cerita pasal kem tu. Nie tengok la group under aku..zasssss~~

Nie la adik-adik under aku. Dorang nie group JEPUN :)

Ini dengan cik mona, one of fasi kat kem nie


Terasa macam baya-baya dorang je aku kan? Cari mana aku cepat! :p
Gelagat abam dan akak fasi dengan adik-adik

Hoorey sebab dah abis kem and kami menang no 2! :D

Okeyy dah tamat sesi luahan ceritera kem aku kat d'risa nie. Until aku ade mood nak menulis, see you soon! :D


Charmingly written by,
        Athirah Yusoff