Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah beberapa bulan tak jengok belog tintadiariku nie, terasa penuh dengan sawang labah-labah je kan. Harini baru terpanggil untuk merajinkan diri update belog kesayangan nie. Walaupun tak ramai yang baca or tahu, tapi aku still update sebab untuk tatapan diri sendiri. Yelah kot kot kan suatu hari nanti tiba-tiba terhilang ingatan ke ape ke, mana nak tahu hal masa depan kan, so kalau benda tu terjadi, boleh laa aku bukak balik memory tinta aku nie. Hehee. Tapi takde lah sampai nak mintak jadi macam tu. Cuma buat belog nie sebagai diari luahan hati sepanjang perjalanan hidup ni je.
Haa btw harini dah Ramadhan yang ke-15 dah. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama islam ye :)
Macam tajuk kat atas tu, okeylah nak cerita sikit haritu pada tanggal 27hb-29hb Mei 2016, terpaksalah aku menghadirkan diri ke satu kem nie. Cewahh..terpaksa ayat kau! Hahaha. Kalau bos tahu nie gasak ler nampak nau terpaksa kann. Okey okeyyy..takdelah terpaksa, tapi secara paksa rela jugak lah kena pergi kem nie. Bayangkan dah bertahun aku tak pergi kem, tup tup kena pergi kem untuk bebudak APEX Scholar, USM. Okeylaaa..dapat pergi sebagai 'pemerhati' kan, so okey dah tuu. Ohh nak share gambar kem tu, hmm tak tersnap lah pulak kem dia macam mana. Tapi situ ada laa chalet untuk VIP and chalet biasa. Kalau chalet VIP dia ada aircond and katil queen standard, chalet biasa takde aircond. Ada kipas and katil dia double decker je lah. Tapi okey and just nice sebab malam-malam kat situ sejukkkk :)
Jadi aku yang terpaksa pergi kem bersama students USM untuk program APEX Scholar nie, dengan bahagianya naik bus sama-sama dorang menuju ke Gerik, Perak dari Penang. Ohhh aku kerja kat kelantan, tapi of course la sehari sebelum tu aku pergi Penang dulu sebab ada Pre-induction camp kat USM. So makanya sambil relax-relax aku drive pergi Penang dulu. Boleh laa makan-makan angin melawat pusing-pusing Pulau Pinang kan. Haa tapi tak kesampaian pun hajat nak melawat-melawat tempat best kat Penang tu sebab kesuntukkan masa.
Dah meraban dahh tu cerita nak melawat Penang. Nantilahh aku cerita post baru ape je yang sempat melawat time kat Penang tu ye. Nie nak sambung pasal kem nie. Nak bagitahu je actually kem nie agak tenang dan mendamaikan lah jugak. Sebab bila bangun pagi-pagi tu udara dia nyaman sangatt! Sebab dia dalam pendalaman sikit kan, so okey untuk menenangkan minda. Cumanya aku tak suka sebab biasalah kem kan, bangun awal, tido lambat. Plus aku yang terpaksa jadi Fasi nie ondaspot nie pulak memang laa tak suka sangatt. HAHA! *gelak tak ikhlas*
Tapi kan, sepanjang aku stay kat kem tu and merasa jadi fasi tu, actually i've gained something yang valuable lah jugak. Selama nie aku pergi kem-kem semua, mana ada aku berani bercakap or bercerita dengan fasi. Tapi bila aku sendiri jadi fasi, dia punya lagak lain tau. Lagak tu maksudnya cara dia. On the spot aku boleh jadi talkative dengan adik-adik grouping aku. Tu masa first session ngan dorang waktu sesi ice-breaking and ta'aruf. Serius wehh nak bagitahu time tu aku just bercerita dan mendengar ceritaa masing-masing. Fuhhh..berdebor tu langsung idok laa. Cuma aku berdebar bila time nak menyampaikan aktiviti harian dengan bebudak tu dekat Ketua Fasi. HAHAHA! *lagi sekali gelak tak ikhlas*
Tak berdebor camne weh, kau baru kot kenal semua staf tu pada hari kejadian, then kau terpaksa jadi fasi secara mengejut pastu dorang semua nampak tegas! Tak ke adrenaline kau mengalir deras? Kau pergi situ dengan tak ready pape and anggap kau hanya memerhati, tapi rupanya kau sekali diperhatikan! Fuhh..tapi nasib baiklah aku dapat bawak diri dengan jayanyaaaa. Alhamdulillah :)
"Kadang-kadang kita yang pendiam nie lebih gemar untuk berdiam diri daripada bercakap tambah-tambah lagi dengan orang atasan kau yang baru kau kenali nama dan perwatakannya serta jawatannya.."
Nampak tak ayat atas tu? Haa..aku memang tak suka bercakap dengan orang atasan. Tapi disebabkan dah makin dewasa nie, aku perlu belajar! Tak gitu?
Dah la..stop cerita pasal kem tu. Nie tengok la group under aku..zasssss~~
![]() |
| Nie la adik-adik under aku. Dorang nie group JEPUN :) |
![]() |
| Ini dengan cik mona, one of fasi kat kem nie |
![]() |
| Terasa macam baya-baya dorang je aku kan? Cari mana aku cepat! :p |
![]() |
| Gelagat abam dan akak fasi dengan adik-adik |
![]() |
| Hoorey sebab dah abis kem and kami menang no 2! :D |
Okeyy dah tamat sesi luahan ceritera kem aku kat d'risa nie. Until aku ade mood nak menulis, see you soon! :D
Charmingly written by,
Athirah Yusoff





No comments:
Post a Comment