Hai..
Tajuk yang ingin dibebelkan pada saat ini adalah "Ada Apa Dengan Hati"? Seperti mana yang kita semua miliki, semua mempunyai hati, mempunyai perasaan. Dan setiap orang yang hidup diatas muka bumi ini memerlukan kasih sayang yang ikhlas tulus dari hati yang ikhlas. Kan?
Aku pernah terbaca kata-kata dalam internet yang rata-rata remaja suka share. Iaitu :
"Kalau sukakan seseorang, merayu dan mintalah pada Allah. Kerana Allah lah yang berkuasa untuk menggerakkan hati kita semua"
Sedap kan ayat tu? Dan bila dengar ayat tu pun hati dari memberontak nakkan si dia, terus lembut akur redha kepada Allah. Ya, aku pun percaya yang hati ini milik Allah. Hati dia milik Allah. Hati kita semua milik Allah. Dan kalau ikutkan cerita pasal hati ini, siapa yang tak pernah jatuh cinta? Siapa yang tak pernah sukakan seseorang? Siapa yang tak pernah ada rasa sikit pun ingin menyintai dan dicintai itu, maksudnya dia tipu. Tipu pada diri sendiri. Betul tak? Menyintai dan dicintai ini lumrah manusia. Cinta itu pun lumrah manusia. Sebab manusia nie sentiasa ingin sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Sama juga sayang kita dekat ibu bapa kita, keluarga kita :)
Okeylaa..berbalik kepada soalan orang yang tak pernah nak dicintai, menyintai, disayangi, menyayangi itu..kenapa aku cakap dia tipu? Sebabnya apa nak tahu..sebabnya dia takut untuk ditolak, dia takut untuk direject, dia takut untuk dilukai. Kan? Takpe..aku sendiri pun pernah ditolak. Bukan ditolak jatuh dush ke lantai okey, tapi ditolak selepas aku confess dekat seseorang nie. Hahahaa..okey jangan tanya banyak pasal tu. Mungkin penolakkan itu adalah salah satu cara Allah nak bagitahu kita bahawa dia bukan jodoh kita. Kan? Bersangka baiklah. Dan mesti ada hikmah dia ;)
Aku sebenarnya nak tulis pasal ada apa dengan hati nie mula-mula sebab aku teringat cerita indon tu tajuk Ada Apa Dengan Cinta. Jadi automatik bila dah semakin dewasa nie, tertarik untuk berbicara tentang hati. Kalau nak cerita tentang hati nie, bagi aku sendiri lah, adalah sekali dua kali hati nie terluka teruk. And ada sekali dia terluka teruk sampai hancur berkecai kot! Hahaha..hiperbola sangat kann?! Hee..perumpamaan je lah tu. Okey okey serius. Once hati kau dah pernah terluka, then sampai satu masa kau akan stop dan start kutip hati kau, tampal betul betul dan rawat hati itu sendiri. Ye kan? Macam aku sendiri lah..bila hati terluka, aku akan back to basic. Kembali pada Allah. Kau dekatkan diri dengan Allah. Serius aku tak tipu..masa tu kau akan rasa bodohnya kau sebab terlalu taksub dengan cinta manusia sampaikan kau lupa Dia yang Esa, Dia yang sentiasa ada untuk kau. Why we bother finding love from people instead of Your Creator? Kenapa? Aku pun berulang kali fikir soalan yang sama. Kenapa, kenapa dan kenapa..lastly aku dapat jawapan dia kenapa..
Sebab kita tak pernah nak dekat dengan Allah..dan sebab tu lah dimata dan dihati kita terasa kosong umpama kertas A4 yang baru dibeli dari kedai buku..Eh?!. Okey..bagi orang yang pernah patah hati, cubalah cari Allah. Cuba mengadu dekat Dia. Cuba dekatkan diri dengan Dia..mesti hati kita akan lebih tenang dan seakan terisi bila kita lupakan cinta manusia.
![]() |
| Gambar belas ihsan Google :) |
Mungkin akan ada yang cakap "haa bila dah susah, baru nak cari Allah, baru nak ingat Allah". Ye, tak dinafikan manusia nie bila dia dah terjatuh tersungkur, baru dia ingat dan nak kembali ke pangkal jalan. Tapi manusia yang ingat Allah time dia jatuh lagi bagus kan sebab dia finally sedar akhirnya yang semua nie kepunyaan Allah. Contohlah kalau manusia dia terjatuh, tersungkur, tapi dia tak cari Allah, so what will happen to her/his life? Meroyan? Menggila? Or mungkin semakin bongkak? Haa..lagi terukkan..so bersyukurlah bila kita menghadapi sesuatu ujian, dan masa tu kita ingat dekat Allah. Tu tandanya Allah masih ada dalam hati kita. Dia masih nak kita kembali kepada Dia. Dia nak kita berubah..sebab apa? Sebab Allah sayangkan hamba-hambaNya :')
Posting aku kali nie mungkin agak bersifat islamik sedikit, tapi nasihat-nasihat macam nie kadang-kala dapat membantu orang yang mungkin sedang berduka-lara. Macam aku pun, bila aku tengah bersedih, aku akan cari sumber-sumber or kata-kata bermotivasi untuk tatapan aku agar aku boleh bangun semula dan berdiri dengan gagah.Yes, itu aku lah. Kalau orang lain, aku pun tak tahu. Masing-masing punya cara kan :)
So lepas nie sesiapa yang baru breakup ke, frust ke, ape ke, tak kisah dengan sesiapa pun asalkan insan bernama manusia nie, cubalah dekatkan diri dengan Allah. In shaa Allah, segala kesedihan dan kedukaan tu akan hilang. Dan lagi satu, kalau terasa sayangkan seseorang pun, takyah lah pegi dekat orang tu habaq "Saya suka awak, saya cinta awak. Sudikah awak terima?" No no noo..takyah susah2 mintak dan tagih cinta dari orang aihh..Hangpa doa ja dekat Allah, supaya hati dia dan hati hang disatukan. Minta supaya kalau betul dia jodoh yang dah tertulis, permudahkan lah, tautkanlah hati hang dan dia sehingga kesyurga. Tapi orang cakap kalau doa saja takdak effort apa-apa pun tak leh gak kan? So pepandailah korang! Cuma jangan sampai menagih kasih sudah. Kalau hangpa dah bagitaw sekali pasai perasaan angpa tuh, so kalau dia tolak, biaqpi kat dia. Dia yang rugii tak dapat orang yang baik dan setia macam angpa nieh..keh keh kehh :D
![]() |
| Gambar belas ihsan google dari www.iluvislam.com |
Okeyy wasaalam! :)
-Hanya sekadar nasihat dan kata-kata sahaja-
Charmingly written by,
Athirah Yusoff



No comments:
Post a Comment