Kebijaksanaan

"Hidup haruslah bijak. Bijak dalam berkawan. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan bijak dalam mengatur langkah hidup.."

Wednesday, 18 November 2015

Perlu Mengejar Cita-cita Ataupun Impian?

Assalamualaikum..selamat tengahari, dan salam sejahtera.

Disebabkan harini tak ada banyak sangat kerja yang perlu dibuat, jadi masa aku banyak terbuang macam tu je dan aku jadi semakin bosan dan bosann. Jadi untuk memperkuatkan hati dari dilanda kebosanan melampau, aku pun usha-usha lah facebook semua tu. Then aku ternampak one of my friend share pasal Skim Latihan Akademik Muda (SLAM) which is from Universiti Malaysia Terengganu (UMT). And sejak azali dari darjah 6 lah kott memang cita-cita aku nak jadi pensyarah. Biasalah kan dulu-dulu masa sekolah rendah cita-cita semua budak nak jadi GURU, PENSYARAH, DOKTOR atau nak jadi POLIS pun ada. Then ada tak time kecik dulu kawan-kawan korang mintak tulis biodata ke ape? Ada tak? Ada kann..haa so korang yang sempat main ambik-ambik 'my biodata' tu kita sama geng la! Ehh..no i meant kita sama batch lahh. Hehee :D So aku ingat lagi dulu kalau cikgu masuk lambat ke or lepas habis exam ke mesti kita ada satu buku yang comel lawa nie untuk tulis pasal ALL ABOUT ME @ MY PERSONAL DETAILS kan? Hehehee..*seppp sikitt* And tiap-tiap kali menulis biodata tu la aku mesti tak tinggal cita-cita sebagai pensyarah. Tu lah zaman yang paling best kan. Takyah fikir pape just main main dan main je. Dan disebabkan oleh biodata tu, sampai ada yang sanggup beli pen warna warni semata je untuk tulis menda alah tu. And aku one of them laa yang pastinya. Ahakss! :p

Okey get back to our story just now..haaa pasal aku ternampak iklan SLAM tu dibuka. SLAM nie dia lebih kurang macam Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) or SLAI or even Tenaga Pengajar Muda (TPM) uitm tu jugak. Haa biasiswa dorang lebih kurang sama maksudnya cuma tu depends on universiti masing-masing lah ataupun dia under KPT ke ape. Haa camtu la lebih kurang yang aku tahu. *kalau salah tolong betulkan ye* Okey dia nie adalah biasiswa untuk pelajar lepasan ijazah sarjana muda atau sarjana yang nak sambung belajar under biasiswa tu dan lepas tu dorang yang dapat biasiswa tu kena lah berkhidmat dengan universiti yang bagi biasiswa tu.  Haa jadinya dari dulu lagi aku kalau ternampak iklan biasiswa skim latihan macam nie mesti aku teramat eager nak apply sebenarnya. Tapi aku takut untuk banyak benda kalau apply. Haa copp..kalau korang ade nak tengok syarat-syarat SLAM UMT tu meh tekan sini.

First benda yang aku takut adalah sebab aku fikir nak apply sambung belajar nie kita kena ada catatan dari pengadil ataupun disebut referee. Pengadil tu boleh terdiri dari majikan kita dulu ataupun pensyarah yang pernah mengajar kita dulu lah, so dorang tahu kita capable tak untuk position or kita nie recommended tak untuk diambil sambung belajar. Haa gitu la lebih kurang yang aku tahu. So masalahnya kat sini adalah sebab aku dah pernah apply sambung master kat satu tempat kat Penang nie. And aku dapat sambung situ. Dan sebelum hantar permohonan tu of course la aku ade kena minta referee dari pensyarah aku. Jadi aku jadi segan nak minta lecturer aku tu jadi referee lagi sekali laa. Bukan sebab segan ke ape tapi sebab taknak la menyusahkan lecturer aku tu lagi. Yelaa aritu dah penah minta sekali, then bila dapat tak pergi la pulak. That's why laa aku malas nak fikir pasal sambung belajar nie lagi tahuu. Tapi tu laa..hati aku masih lagi on mood untuk belajar dan tambah-tambah masih kuat untuk jadi pensyarah. Itu yang paling utama bagi aku actually. Yela, sape yang takde impian dan cita-cita kan dalam hidup nie. Kan??

Each one from us must have something they want to do and what they want to achieve. Bagi aku, aku tak sampai tahap capai cita-cita aku lagi. Hanya impian je setakat nie yang mampu digapai which is working. Yes, impian or hasrat hati untuk bekerja dah tercapai. So next move is saving money from this working life then kalau ada rezeki, baru aku nak sambung belajar lagi. Sambung belajar untuk meneruskan cita-cita aku untuk jadi seorang pensyarah. Tapi kan, kadang-kadang aku terfikir, boleh ke aku kejar cita-cita tu? Mampu ke aku? Ataupun tercapaikah aku? Hmm..itulah yang menjadi tanda tanya dihati ini dan persoalan dalam kotak fikiran ini.*berfikir sejenak*

And one more thing is masih adakah peluang or tawaran skim-skim semua tu? Macam Tenaga Pengajar Muda (TPM) Uitm aritu baru je closed 2 hari lepas 17hb Nov aritu. Mula-mula tu memang aku nak apply bila tahu dia dah keluar tapi tup-tup dapat kol yang aku diterima bekerja. So terbatallah hasrat untuk apply TPM Uitm tuu. Hmm..betullah aku selalu dengar yang orang cakap "Kita ada perancangan kita sendiri dan Allah pun ada perancanganNya untuk kita. Tapi perancangan Allah tu adalah lebih baik untuk kita dan In shaa Allah adalah yang terbaik". Jadi bila dilihat-lihat balik kata-kata tu, memang betul. Bayangkan aku apply tempat kerja aku nie dah lama. Then lepas tu dia macam takde jawapan sampai kesudah. So aku give up ditengah-tengah perjalanan. So aku tabahkan hati, pujuk diri sendiri bagitahu "xpe tirah. Try apply kerja lain. In shaa Allah kalau ada rezeki, dapatlah". Aku ade cerita dalam pervious post aku tentang dilema antara dua tu. So bila dah dapat dua-dua tu, time tu dilema aku hanya Allah je tahu macam mana. Aku tak tahu nak pilih mana dan istikharahlah jawapan yang dipilih sekarang. Nampak tak perancangan Allah tu macam mana? Terbaik kan?

Yes. Perancangan Allah tu yang paling terbaik sebab berbulan-bulan aku makan hati berulamkan jantung sebab cemburu tengok kawan-kawan masing-masing dah bekerjaya. So tipu lah kan kalau aku takde sikit pun jealous. Betul tak? Tapi xpelah. Berkat kesabaran dan keyakinan dekat Allah, finally aku disini. ALLHAMDULILLAH :)

Sebenarnya post aku kali nie pasal keredhaan ke kejar cita-cita ek? Hehee..sorry lah terlari tajuk pulak. Haa..so macam tu lah perasaan aku tiap kali ternampak iklan tawaran biasiswa yang boleh diserap terus untuk jadi pensyarah. Tapi takpelah kot. Sekarang nie mungkin aku kerja untuk balas dulu budi parents aku. So that dorang boleh lah merasa sikit titik peluh anak kesayangan dia sorang nie yang dorang dah habiskan banyakkkkkkk sangatt untuk aku. Yess..seriously terlalu banyak kalau aku nak kira. Tak terhitung jasa mereka. Sebab parents aku nie tak pernah nak berkira dengan aku. So aku teramatlah terhutang semua dekat mak ayah aku. In shaa Allah masa untuk membalas jasa dah sampai sekarang kan? :')

Okeylah. Aku harini just melagho je kerja. Mentang-mentang bos takde kan, so sesuka hati je. Okey..masa pejabat dah hampir tamat. So let's back home! 

Adiosss :)


Charmingly written by,
     Athirah Yusoff



No comments:

Post a Comment