Kebijaksanaan

"Hidup haruslah bijak. Bijak dalam berkawan. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan bijak dalam mengatur langkah hidup.."

Sunday, 1 November 2015

Kerjaya.. Antara Dua Pilihan..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu lepas aku dapat panggilan telefon mengatakan bahawa aku berjaya interview dan ditawarkan kerja sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar dan Hubungan Luar di salah satu kolej swasta berdekatan dengan tempat tinggalku. Alhamdulillah ya Allah. Terasa sangat sebak sebab penantian selama 10 bulan ini telah pun berakhir. Hanya Allah je yang tahu perasaan yang aku rasa time tuu :')

Tapi lepas dua tiga hari tu, aku dapat panggilan dari suatu tempat badan berkanun dimana permohonan aku yang terdahulunya akan diproses untuk memasuki kerja pada bulan November ini jugak. Lagi sekali aku dilanda dilemaaa. Antara swasta dan badan berkanun, antara pekerjaan itu dan ini, aku terpaksa membuat pilihan. Dan pilihan tersebut juga perlu disegerakan untuk diberitahu pihak terlibat. Maka aku pun menanyakan hampir setiap kenalan dan juga sahabat baikku serta kaum keluarga. Memandangkan sekarang teknologi semakin canggih, hanya 'whatsapp' sahaja yang diperlukan untuk menanyakan mereka semua. Bagi aku, kedua-dua tawaran pekerjaan itu ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Terlalu banyak benda aku perlu memilih. Dari segi masa depan, tanggungjawab, kewangan serta kemampuan aku sendiri. Ohh..dan semua pemilihan ini tentulah berdasarkan hasil daripada semua-semua pandangan yang diberikan kepada aku. Jadi aku perlu rumuskan bahawa aku perlu melihat semua aspek tersebut. Hmm..dan aku masih lagi berfikir, berfikir dan berfikir..

Doa Solat Sunat Istikharah..(Gambar adalah dari ehsan Google)


Setelah beberapa hari terus-terusan berfikir, maka hari ini aku tekad dan telah melaporkan diri di tempat kerja baru. Alhamdulillah..lega rasanya bila keputusan dah dibuat dan dipersetujui oleh semua pihak. Dan aku berharap agar pilihan ini adalah pilihan yang terbaik dan kata gerak hati aku ini adalah yang setepat-tepatnya.

"Ya Allah..aku mohon agar keputusanku ini adalah yang terbaik, sebaik-baik perancangan yang Engkau berikan. Aamiin"

Aku bersyukur..Alhamdulillah.

Maka dengan itu bermulahlah bab baru dan fasa yang baru dalam kehidupan aku. Ohhh..nak tahu mana satu pilihan hati aku? Hehee..wait untuk next post okeyy! Hahahaha :p


**maafkan post kali nie sebab aku agak skema sikit. Ntah kenape tiba-tiba aku jadi skema sangattttt. Hahahhaha **


Charmingly writing,
      Athirah Yusoff

No comments:

Post a Comment