Kebijaksanaan

"Hidup haruslah bijak. Bijak dalam berkawan. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan bijak dalam mengatur langkah hidup.."

Tuesday, 17 November 2015

Pilihan aku akhirnya?

Assalamualaikumm.

Alhamdulillah. Dah masuk 3 minggu kerja kat sini. Haa..last post aku ada cakap pasal antara dua pilihan kan? So teka mana satu pilihan kalbu? Tettttt!!! Betul tuu..aku pilih untuk jadi penyelidik lah of course! Hehee :)

Okeyla nak cerita sikit kenapa aku pilih penyelidik berbanding jadi pegawai pengambilan pelajar tu. Sebabnya memang lepas aku habis je praktikal kat PPKT, USM awal bulan haritu, memang after that aku dah make decision nak jadi as researcher dah tawu. I don't know why i just attracted to this position as researcher. Bila aku apply kerja kerajaan pun, penyelidik one of my choice. Takleh tinggal lah..nak lari apetah lagii..Even walaupun takde jawatan RO sekalipun, aku ambik jugak as penolong RO. Hmm..pelik kan aku nie? Belajar tinggi-tinggi sampai degree, tapi nak jugak apply as penolong or even pembantu. Haippp!! Tu lah mentaliti majority masyarakat kita and even parents kita. Aku pun tak sure kenapa mereka hanya pandang pada tahap jawatan tapi tidak pada ilmu dan pengalaman yang kita dapat grab tuu. Ade sesiapa tahu tak kenapaa?? Hmm..dah laa..lupakan saja. Bagi aku lah kan, aku lagi suka start dari bawah nie. Sebab pengalaman dari bawahlah yang akan mengajar kita untuk jadi lebih effisyen. Tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat jawatan sekarang nie. 

Haa..berbalik kepada sebab dan musabab aku tetap pilih tu adalah maybe la kottt. Maybe sebab ada kaitan dengan buat kajian, soal selidik, main-main dengan dokumen and yang penting one of top reasons adalah sebab banyak TRAVEL! Yihaaaaa!! Aku memang teramat suka dengan travel nie kalau nak tahuu. Hihihiii. And aritu 4hb-8hb Nov, aku dah kena outstation dekat Penang dah. Heehehee. Taklah excited sangat sebab USM Penang je kann..tapi aku teruja jugak lahh sebab dapat cari calon kat sana! HAHAHA! Okeyy..gurauuu :p

At first sampai airport Penang tu, aku and team aku, Dr. Saiful and Dr. Fuad bawak aku pegi pekena roti canai line clear duluu. Haa..sampai ja penang aku punya pelat bahasa teruih tukaq jadi utagha wehh. Automatic action nieh! Hahaha. Then lepas makan tu kami pegi USM dulu sebab teruih ada keja kat sana. Lepas pukul 3 petang baru lah kami dapat check in hotel. And benda yang first aku tengok sampai sampai hotel adalah ini :

Haa nampak tak tu ada swimming pool? Heee

Tudiaaaa!! Masuk bilik tengok luaq tingkap ada swimming pool. Tak ka gila hang nak terjun dalam tu? Kalau ikutkan hati yang gila nie dah lama aku terjun diving ikot tingkap tu hangpa taw dakk. Tapi nasib baik aku masih warassss. Dah la bilik aku tingkat 19, so kalau terjun agak-agak hidup lagi tak? HAHAHA! Okey dahh. Oh btw kami check in kat Hotel Vistana. Dekat ja ngan USM tu dalam 5 minit cmtuu ja. And bilik dia sangat selesa taw. Meh tengok bawah cheq ada tangkap gambaq bilik dia :
Nie bilik dia. Aku dapat deluxe executive kott. Ntah xtaw nama apa bilik nie
Nie aku ambik gambaq sebab mak ayah aku nak tengok bilik hotel aku duduk camna. Selesa ka dak. Depa memang takut anak dia duk tempat tak selesa kott. Sebab tu la berkali kali dok kol dalam sehari tuu. Hahhaaha #anakmanjalakatakan
Okeylaa..tu je lah sedikit sebanyak benda yang berlaku dalam seminggu aku masuk kerja. And aku suka sangat dengan staf kat sana sebab depa friendly gilaa. Layan aku macam puteri pun ada. Sampai aku angkat-angkat meja pun depa hingaq. Tudia sikit punya tak bagi kami buat keja. Tapi takpa lah. Alhamdulillah program Apex Scholar kat situ berjalan dengan teratur dan berjaya. Eh, Apex Scholar tu apa? Haaa..dia sejenis makanan yang sedap. Kahkahkah! Sapa percaya memangggg... :p

Hehee..actually Apex Scholar tu lah benda yang aku kena buat kaji selidik. And Apex Scholar tu adalah salah satu multiple mini interview. Dia ada macam-macam benda yang dinilai dan cara interview dia pun lain dari interview biasa nie. Hehee..nak taw lebih lanjut ka pasal tu? Please email aku. K lah. Nak tengok runningman japp. Nie time rehat boleh laa rehat dengan sepenuhnya kan? Dengan lampu bilik pun dorang nie tutup kann..so  adiosss! Bye byee :D


Charmingly written by,
            Athirah Yusoff



No comments:

Post a Comment